I made this widget at MyFlashFetish.com.

GURU PENASIHAT: CIKGU ISMAIL BIN DRAHMAN (KETUA & SETIAUSAHA),CIKGU CAROLINELYN JERRY (PENOLONG KETUA)



About Me

My photo
"KAMI CIPTAKAN MANUSIA(ANDA)DENGAN SEBAIK-BAIK PENCIPTAAN." (SURAH AL-TIN:4)
SEJARAH PERMAINAN SEPAK TAKRAW
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal sertaketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

PERATURAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW

Peralatan Sepak Takraw

1. GELANGGANG

1.1 Ukuran gelanggangBerukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).1.2. Garisan GelanggangLebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan.1.3. Garisan TerasGarisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.1.4. Garisan Suku BulatanPada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m.1.5. Bulatan Sepak MulaBulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

2. TIANG

2.1 Ukuran tiangTiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m.2.2 Kedudukan TiangTiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita inidinamakan pita sempadan.3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) - ukuran ditepi tiangb. 1.52m (1.45 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah jaring.

4. BOLA SEPAK TAKRAW

Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga 0.45m untuk Wanita).Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170gm hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk Wanita).

5. PEMAIN PEMAIN

5.1. Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain.5.2. Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan Tekong.5.3. Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan, seorang disebelah kiri dan seorang lagi disebelah kanan. Pemain disebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada disebelah kanan dinamakan Apit Kanan.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1. Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt dan berseluar pendek (T-shirt berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut untuk wanita) dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan Pasukan Lawan semasa pertandingan.Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan memakai track suits.6.2. Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukan kedalam (seluar)6.3. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan.6.4. Ketua Regu hendaklah memakai 'Arm Band' dilengan kirinya.6.5. Semua Jersey/T-Shirt hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dibahagian belakang.Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oelh setiap pasukan yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.

7. GANTIAN PEMAIN

7.1. Gantian Pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan.7.2. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja.7.3. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan.7.4. Mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai Pemain Simpanan dalam mana-mana Regu tidak dibenarkan bermain didalam Regu lain didalam pertandingan yang sama.7.5. Mana-mana Regu yang mengandungi kurang dari 3 Pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan akan dianggap Kalah.

8. PEGAWAI-PEGAWAI

Permain diuruskan oleh Pegawai-Pegawai berikut:I) I Pengadil Rasmiii) 2 Pengadiliii) 6 Pengadil Garisan (4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)Nota: Kedudukan 2 orang Pengadil Garisan untuk Gariasan Belakang hendaklah bersetentang dengan Pengadil.

9. UNDIAN DAN 'WARM UP'

Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian. Regu yang memengangi undian boleh memilih untuk Sepak mula atau Petak Gelanggang. Regu yang Sepak Mula hendaklah memulakan 'Warm Up' selama 2 minit dan di ikuti oleh Regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas didalam gelanggang dengan mengunakan Bola Rasmi.

10.KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

10.1. Semasa permain bermula, semua Pemain mesti berada didalam Petak masing masing dalam keadaan bersedia.10.2. Tekong yang membuat Sepak Mula hendaklah sebelah kakinya berada didalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada diluar Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola.10.3. Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada didalam Suku Bulatan masing-masing.10.4. Pemain Regu Lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam Petak Gelanggangnya.

11. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA

11.1. Regu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan permainan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua Regu hendaklah menukar petak dan permenang memulakan set kedua.11.2. Campakan hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan Mata Pertandingan. Jika mana-mana pemain apit melontar bola sebelum pengadil mengumumkan mata pertandingan,campakan semula hendaklah dilakukan dan amaran diberikan kepada pelontar bola. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja bola disepak oleh penyepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam petak gelanggang masing-masing.11.3. Sepakan Mula cuma sah jika ianya melepasi jaring samada ia menyentuh jaring atau tidak melalui diantara dua Pita Sempadan jatuh didalam Petak Gelanggang Pasukan Lawan.11.4. Sepakan Mula boleh dilakuan oleh Tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu dari kakinya sentiasa menyetuh gelanggang didalam Bulatan Sepak Mula.

12. PERKARA PERKARA BATAL

12.1. Pihak Sepak Mula12.1.1. Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan.12.1.2. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak Garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat.12.1.3. Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau memijak garisan bulatan sepak mula.12.1.4. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar.12.1.5. Bola menyetuh Pemain Regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan.12.1.6. Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggan.12.1.7. Bola tidak melintasi ke Petak Gelanggang Lawan.12.2. Peneriama Sepak MulaMelakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau ,menengking terhadap pihak lawan.12.3. Kedua-dua Pihak semasa Permainan.12.3.1. Memijak Garisan Tengah.12.3.2. Mana-mana pemain yang menyentuh bola dikawasan lawan.12.3.3. Mana-mana bahagian anggota Pemain memasuki kawasan lawan samada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa 'follow-through'12.3.4. Memainkan bola lebih dari 3 kali berturutan.12.3.5. Bola menyentuh tangan.12.3.6. Bola melurut dianggota badan.12.3.7. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan.12.3.8. Sebarang anggota atau peralatan Pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh kekawasan lawan.12.3.9. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda.12.3.10. Mana mana Pemain yang sengaja melambat-lambatkan permainan.

13. SISTEM KIRAAN MATA

13.1 Bila perkara batal dilakukan oleh semada bahagaian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya.13.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata.13.3 Permainan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rihat diantaranya.13.4 Jika masing-masing Regu memengangi 1 set, permainan akan ditentukan didalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' deangan 15 mata.13.5 Sebelum Pusingan 'tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. tukar petak akan berlaku bila satu Regu mencapai 8 mata.

14. MASA REHAT

Setiap Regu boleh meminta sekali 'time out' selama 1 minit oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set bila bola tidak didalam permainan. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan berada di garisan belakang.

15. PERMAINAN TERGENDALA SEBENTAR

15.1. Pengadil boleh memberhentiakan permainan jika belaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak lebih dari 5 minit.15.2 Pemain yang tercedera dibenarkan time-out cedera sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tersebut tidak berupaya meneruskan permainan, gantikan mestilah dibuat. Jika pasukan pemain yang tercedera telah membuat gantian, pasukan lawan akan dikira sebagai permenang.15.3 Semasa tempoh pemberhentian permainan ini, semua pemain tidak dibenar meninggalkan gelanggang untuk minum atau mendapatkan tunjuk ajar.

16. TATATERTIB

16-1. Setiap pemain mesti mematuhi undang-undang permainan.16.2. Hanya Ketua Regu dibenarkan menghampiri Pengadil sepanjang permianan.

17. HUKUMAN

Perkara-perkara berikut perlu dihukum: 17.1. Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana Pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain Pemain atau penonton.17.2. Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada Pegawai, Pemain atau Penonton.17.3. Melakuan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud mempengaruhi sesuatu yang dinuat oleh pegawai.17.4. Meningalkan Gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.17.5. Memberi bola kepada Pasukan Lawan dengan kaki.17.6. Melakuan tingkah laku tidak sopan.17.7. Melanggar Perintah dan Undang-undang permainan.Pemain yang melanggar undang-undang (17) akan dihukum oleh pengadil. Pengadil boleh menggunakan kad-kad berikut:a. Kad Kuning - Amaranb. Kad Merah - Perintah Keluar Gelanggang.Kad Merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti:i) Masih bergedil dan berkelakuan buruk selepas diberi Amaran. ii) Berkelakuan ganas (seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya)iii) Mamaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat.Nota: Mana-mana Pemain yang diberi kad Merah hendaklah diarah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertib perlu diambil terhadapnya. Pemain berkaitan tidak boleh dibenarkan bermain dalam sebarang permainan sehingga dibenarkan oleh Lembaga tatatertib.

18. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

Tindakan Tatatertib perlu diambil terhadap Pegawai-pegawai Pasukan atau Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan samasa kejohanan semada didalam atau diluar gelanggang.

19. UMUM

Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Pemainan ini, kepustusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.Nota tamabahan:1. Jika berlaku pertelingkahan atau salah faham didalam mentafsir undang-undang didalam Bahasa Malaysia ini, ianya mestilah diruujuk kepada undang-undang asal (bahasa Inggeris)2. Lukisan/gambarajah yang disertakan hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya tidak boleh dirujuk didalam menetukan ketepatan tafsiran.3. Untuk menyelaraskan sistem sebuta, bersesuaian dengan perubahan kepada sistem kiraan mata, gunakan sebutan berikut:a. Jika pasukan membuat sepak mula memunggut mata --" Mata"b. Jika pasukan penerima sepak mula memunggut mata - tukar sepak, mata.."

1 comment:

AHLI KELAB SEPAK TAKRAW 2011

BIL

NAMA

TINGKATAN

1

ALLAN AK SAGUT

5S5

2

ALDRIN AK ASSAN

5S5

3

JEOJY AK BUJANG

5S5

4

STANLEY AK BONNIE

5S5

5

SAMENO GEO REDDY

5S4

6

BETHAREN AK ABANG

5K3

7

ROLANO AK APONG

4K2

8

AKMAL HISYAM BIN AJIS

5S5

9

FERDINAND AK MARCOS

4K1

10

LISTER AK SOLOMON

5K6

11

ROMLOUS AK DIDIF

4S5

12

TONY ANDERSON AK KELAI

4K6

13

JAMES AK ALBERT

5K2

14

MAIDEN AK SIYE

5K6

15

MCALISTER AK LUKAS

5K2

16

NEMESION AK JONGSIN

4K4

17

NICLAS AK SANTAP

5K2

18

AZMIZAN BIN AZMAN

5K5

19

BOBOY AK GUYAU

4K5

20

BRIAN AK KARICAM

5K3

21

FANCY AK KALONG

5S5

22

CARLSON AK KUTIN

5S2

Aktiviti Perjumpaan Pertama 9 Feb. 2011


Aktiviti Pada 9 Februari 2010
Selepas mesyuarat
Kemahiran Kecergasan Fizikal dan Latihan Kemahiran
1. Sepak Sila Kecergasan Fizikal
1. Latihan regangan dan memanaskan badan
2. Latihan kalistentik (tumpuan pada bahagian kaki)

Latihan Kemahiran

1. Demonstrasi
2. Latihan individu shadow play dan sepak sila kaki kanan dan kaki kiri.
3. Latihan berpasangan melambung bola dan seorang menyepak kemudian tukar.
4. Secara berkumpulan (6 orang) guna sepak sila (dalam bulatan)
5. Latihan ringan untuk mengendur otot.

Sesi permainan tamat pada pukul 4:05 petang

Aktiviti Perjumpaan Kedua 2 Mac 2011

Kemahiran Kecergasan Fizikal dan Latihan Kemahiran
1. Sepak Kuda Kecergasan Fizikal
1. Latihan regangan dan memanaskan badan
2. Latihan kalistentik (tumpuan pada bahagian kaki)

Latihan Kemahiran

1. Demonstrasi
2. Latihan individu 'shadow play' dan sepak sila kaki kanan dan kaki kiri.
3. Latihan berpasangan melambung bola dan seorang menyepak kemudian tukar.
4. Secara berkumpulan (6 orang) guna sepak kuda (dalam bulatan)
5. Gabungan sepak sila, dengan sepak kedua.
6. Latihan ringan untuk mengendur otot.
7.Pertandingan antara regu.

Sesi permainan tamat pada pukul 4:05 petang

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP SMK SERIAN DARI 13 - 22 JULAI 2009

SIJIL PENYERTAAN DAN PENGHARGAAN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT SEKOLAH DARI 13-22 JULAI 2009

KEPUTUSAN PASUKAN
JOHAN TINGKATAN 4K3
NAIB JOHAN TINGKATAN 6AK4
TEMPAT KETIGA TINGKATAN 5MPV
JUMLAH PASUKAN 13  PASUKAN

Ahli Kelab Sepak Takraw

Bil

Nama

Ting.

1

Raduan anak Robert

5MPV

2

Raymer anak Lekong

4K5

3

Delly anak Awang Julie

4K6

4

Andrew Alexson Akai

4K7

5

Jodi James anak Andru

4K7

6

Mohd Tarmizi b. Bujang

4K5

7

Ismunawi b. Mohd Usop

4S5

8

Gayrick  Elsner Juie

5K2

9

Vermon  Chong

4S5

10

Mohd Aliff Erzat Junaidi

4S5

11

Morgan anak Thomas

4K7

12

Steward anak Julia

4K7

13

Patrus anak Riup

4K7

14

David

4K9

15

Mazlan

4K7

16

Amirul bin Mohd. Yusup

4MPV

17

James anak Nyumbang

4K6

18

Damian anak Daris

4K6

19

Alif Achmadi Ahmad

4MPV

20

Awang Hisham Awang Amit

4K5

21

Mohd Amirul Ridhwan Rozan

4K2

22

Mohd Effy b. Mhd. Zaini

4K3

23

Edy  Cliffson

4K7

24

Gervas anak Dismas

4K8

Aktiviti Perjumpaan Ke-3 4 Mac 2009

Kemahiran

Kecergasan Fizikal dan Latihan Kemahiran

1. Sepak Cungkil/petik

Kecergasan Fizikal
1. Latihan regangan dan memanaskan badan
2. Latihan kalistentik (tumpuan pada bahagian kaki)

Latihan Kemahiran

1. Demonstrasi
2. Penerangan
3. Latihan bayangan
4. Secara berkumpulan –latihan dengan bola (guna kaki kiri dan kanan)
5. Latihan ulangan sepak petik/cungkil berseorangan/berpasangan
6.Pertandingan antara regu.

7. Latihan ringan untuk mengendur otot.


Sesi permainan tamat pada pukul 4:30 petang

Aktiviti Perjumpaan Ke-4 (11 Mac 2009)

Kemahiran

Kecergasan Fizikal dan Latihan Kemahiran

1. Sepak  badik

Kecergasan Fizikal
1. Latihan regangan dan memanaskan badan
2. Latihan kalistentik (tumpuan pada bahagian kaki)

Latihan Kemahiran

1. Demonstrasi
2. Penerangan
3. Latihan bayangan
4. Latihan dengan bola (guna kaki kiri dan kanan)
5. Latihan ulangan sepak badik berseorangan/berpasangan
6. gabungan  sepak badik dengan sepak sila

7. Pertandingan antara regu

8. Latihan ringan untuk mengendur otot.


Sesi permainan tamat pada pukul 4:30 petang