MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KELAB SEPAK TAKRAW KALI PERTAMA
SESI 2011/2012
Tarikh: 9 Februari 2011
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw
Masa : 2.30 petang
Kehadiran: Ahli kelab.
Jum. Kehadiran: 22 orang
Agenda :1. Ucapan alu-aluan pengerusi
2. Pemilihan AJK Baru
3. Aktiviti Tahunan
4. Jersi
5. Hal-hal lain
Bil | Perkara | Tindakan |
1.0 | Ucapan Alu-Aluan Pengerusi | |
| 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para ahli dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua.Beliau berharap agar kelab ini akan menjadi lebih baik pada sesi 2011-2012. Selain itu, pengerusi juga berpesan supaya semua ahli berazam untuk mewakili sekolah pada pertandingan peringkat Bahagian Samarahan nanti. 1.2 Akhir sekali, pengerusi menyatakan rasa bangga kepada semua ahli yang hadir ialah tingkatan 4 & 5 | Pengerusi |
| ||
2.0 | Pemilihan AJK Baru2.1 Setelah dibubar AJK yang lama, berikut merupakan senarai AJK baru. Pengerusi : Calson ak Kutin (5S2) Pen.Pengerusi : Fancy ak Kalung (5S5) Setiausaha: Helmi ak Gubra (5K2 Pen. Setiausaha: Rolano ak Apong (4K2) Bendahari : Darren Shaun ak Micheal Pen. Bendahari : Ambrosson AJK : Tony Anderson ak Kelai (4K6) Ferdenand ak Marcos (4K1) Albin ak Sagut (5S5) Stanley Masan ak Mandi (5S5) Nicholas ak Santap (5K2) | |
3.0 | Aktiviti Tahunan3.1 Perjumpaan mingguan iaitu setiap minggu pada hari Rabu 3.2 Mempelajari kemahiran asas sepak takraw 3.3 Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah dari Daerah Serian 3.3 Pertandingan antara kelas. | Pengerusi baru |
4.0 | Jersi Kelab4.1 Semua ahli bersetuju memilih warna hijau dan putih bagi jersi baru kelab ini pada sesi ini. Anggaran harga jersi yang mampu dibeli oleh ahli ialah sebanyak RM20.00 | Semua ahli |
5.0 | Yuran5.1 Semua ahli bersetuju untuk membayar yuran kelab sebanyak RM 1.00 . Yuran tersebut digunakan untuk membeli air sirap bagi keperluan ahli semasa perjumpaan mingguan dan sebagainya.. Setiap pembelian barang perlu dibuktikan dengan resit. | Semua ahli |
6.0 | Hal-hal lain 6.1 Pengerusi menasihati ahli kelab supaya menjaga nama baik kelab dan bermain mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 6.2 Oleh sebab,tidak ada hal-hal lain yang hendak dibincangkan oleh semua ahli, maka mesyuarat ditamatkan pada pukul 4.00 petang | Semua ahli |
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
(HELMI AK GUBRA) (CARLSON AK KUTIN)
Setiausaha Pengerusi
No comments:
Post a Comment